Oct 10, 2012

Perangai Baru Abang..

Arini nak cite perangai baru si abg nommot pula.. abang nommot ni sekarang punyela notti.. kemain lasak lg.. selalu sgt buli adik dan kakak..
 
Perangai baru si nommot abg ni skrg asal nampak ayah atau mama nak kluar umah.. mulalah dia gelabah.. cepat2 akan berlari peluk kaki kita kuat-kuat.. dia sgt alert jika kita nak kluar umah.. nampak je ayah amik baju cepat2 je dia peluk kaki ayah.. xlepas2 lagi.. maklumlah ayah kan seksi kt umah.. jarang nak pakai baju di dalam umah ahaha.. jdnya setiap kali ayah pakai baju je msti dia ingat ayah nak kluar.. kdg2 ayah baru lps mandi atau nak sembayang pn dia ingat ayah nak kluar umah.. mulalah dia peluk kaki ayah x lepas2.. dia hanya akan lepaskan kaki kita jika dia betul2 pasti kita x akan ke mana-mana..
Kalau dengan mama pula nampak je mama nk pakai tudung je cepat2 je dia dtg nak peluk kaki.. padahai mama baru je nak test tudung baru beli hahaha.. Alahai kesian sungguhla anak omak.. pantang kita nak kluar mesti nak mengikut je.. kalau xbawa mesti menangis punya.. biasanya kalau dia dah menangis konfem adiknya pun akan ikut menangis tanpa sebab..  pastu kakak pun akan ikut menangis juga.. penyakit berjangkit yg 1 ni mmg kerap berlaku dalam umah ni..
 
Satu lg perangai dak nommot abg ni.. (rasanya perangai semua dak nommots dalam umah ni).. xleh tgk mama xde berhampiran.. mulalah melilau mencari.. nak mengekor je ke mana-mana.. paling xtahan nak masuk tandas pun nak saing dgn mama.. nak xnak mama terpaksa relakan mereka beramai2 berkampung di dalam tandas.. kacau kosentrasi aii nak 'melabur' je hahaha.. kalau tgh malam tjaga dr tido tgk mama xde dalam bilik je mesti meraung punye.. sbb tu klu mama ada keje nak wat tgh2 mlm mama akan make sure pintu bilik tido xbtutup.. kalau x mmg smua org kt blok ni boleh tkena penyakit jantung akibat tjaga dari tido secara tiba2 kerana terdengar konsert percuma di tengah malam yg hening.. almaklumla kalau dh sorang menangis konfem lg 2 beradik akan menangis sama.. volume diarang pula kalau perlahan xpe.. ni semuanya jenis ke laut.. high pitching punye.. penyakit berjangkit kat umah ni.. mmg xde waktu.. boleh berlaku bila2 masa sahaja.. sigh!




Pic kat atas ni waktu mama tgh layan midnight movie sambil wat keje.. tiba2 je terjengul budak kecik nommot ni keluar dr bilik.. terkejut mama.. konon2nya nak teman mama buat keje la tu.. tp temanlah sangat kan..