Dec 7, 2011

Anak dara saya..

Harini kita belajar Latihan Pemahaman versi budak 3 tahun.. cuba teliti dan cari perbezaannya

Situasi 1:(Di suatu malam hening)



Anis: Ayah, jom kita main kat taman (playground).
Ayah: Tunggu siang esok la kakak.. kan dah malam ni.. malam2 org tak main kat taman.. siang esokla baru kita pegi taman.. siang kan tuk bangun.. malam kan tuk tido.

(Keesokkan harinya.. ayah telah bangun lambat)
Anis: Ayah bangunla dah siang ni.. ayah asyik tido je.. siang kan tuk bangun.. malam kan tuk tido..

(Selepas beberapa hari...)
Anis: Mama tgh buat apa tu?
Mama: Tengah siang ikan
Anis: Salah la mama.. siang tuk tido.. malam tuk bangun



Situasi 2:

 
Anis: Ayah nape ayah bagi duit kat acik tu (tunjuk pada org yg mintak derma kat luar bank)
Ayah: Takpela.. acik tu susah.. ayah bg duit utk tolong dia.. apa salahnya tolong org kan?
Anis: Hemm betul apa salahnya tolong org kan..
(Beberapa hari kemudian... sewaktu mama tgh lipat kain.. anis sibuk nak tolong lipat kain yg sudah dilipat)
Mama: Anis tak payahla tolong mama lipat kain.. kakak pi kaler buku kakak
Anis: Mama, apa salahnya tolong org kan..

Situasi 3:

(Sewaktu anak jiran sebelah rumah datang bermain bersama.. kemudian berebut mainan)
Anis: Mama.. budak tu amik mainan Anis (suara sudah hendak menangis)

Mama: Takpela dia bukan ambil.. dia pinjam je.. nnt dia pulangkan lah

(Beberapa hari kemudian.. sebelum pegi nuseri.. anis sebuk packing pensil warna yg ayah baru beli malam sebelum tu ke dalam beg)

Mama: Kakak, tak payahla bawa semua tu.. nnt berebut dgn kawan2 kt sekolah.. nangis pula

Anis: Mama, diaorg bukan ambil.. diaorg pinjam jela.. nnti diaorg pulangkan balik la..


Ni la budaknya.. baru 3 tahun tp cakapnya macam org tua..