Jul 27, 2011

Operate Lagi...

Kita layan dulu gambar siaran astro kat kaki En asben.. Banyak x antenanya? hihi.. Waktu eksiden ni 1st time tgk asben mengeluh sakit & menitiskan air mata. Selama kenal, tak penah tengok ayah sedih, marah atau sakit.. Dia kan Mr. Kool.. selamber & sembrono je.. bak kata kawan-kawannya - "urat series dah putus".





Siaran ulangan.. Bulan 5 tahun lepas En asben telah terlibat dalam eksiden moto-kereta hingga patah kaki kiri. Nasib baikla asben kerja gomen so gaji masih berjalan seperti biasa walaupun dah mc lebih kurang 1 tahun 2 bulan.
Spnjg setahun lebih ni dah 3 kali asben kena operate.

Kali pertama: Waktu mula-mula eksiden, nak pasang piring astro kat kaki..

Kali ke 2: Waktu nak pasang besi dalam kaki. Selepas 9 bulan eksiden. Atas alasan tulang kaki tak tumbuh2. Sebelum operate kat kaki kena operate dulu kat perut amik air tulang sumsum sebagai gam untuk lekatkan besi ke tulang. 2 kali sakit tu. Saya terpikir juga kenapala doktar tak pasang siap-siap besi tu waktu mula-mula eksiden dulu. Takle 2-3 kali keje camni.. takkan la nak expect tulang orang 30an mudah tumbuh mcm budak 3tahun..

Kali ke 3: Tiba-tiba pulak lepas sebulan kena operate kaki, apendiks En asben tetiba pecah pulak. Entah masa bila ada apendiks tau2 je dah pecah. Emm operate lagi. Kali ni kat perut plak.. 15 cm lebih kurang.. straight je..abih pusat2 asben di belahnya, tak amik corner skit pun..

Kali ke 4: Dijangka asben akan kena operate lagi bulan Sept nanti, atas alasan hospital tutttttt telah tersalah pasang besi di kaki. Besi tersebut telah dipasang dengan longgar dan herot. Boleh pulak ter.. ter.. cmtu plak. Jika khabar angin tersebut betul, harus tiba saatnya untuk kami memasang loyer. Macam main masak2 pulak doktor2 sekarang ni kan, belah2 ayam..