Jul 23, 2011

Berdosakah mama?








Sudah beberapa kali saya kena tegur dengan ipar-duai kerana bagi si kembar pakai baju yang tak sama. Pada kebanyakkan org, kembar mestila pakai baju sama.. kalau tak ilangla identiti kekembaran itu. Kata my sil: "kalau tak sama nanti si kembar sorang lagi kecik hati, baju dia tak cantik". Memang kalau membeli baju untuk si kembar perkara pertama yg saya pastikan, baju yg dibeli mestila sama pattern & design.. kalau tak jumpa yang sama tapi kaler lain boleh ok juga.


Tapi sejak saya dapat hobi baru shopping new bundle kat online, saya selalu terbeli baju yg berlainan untuk si kembar. Yalah mana nak cari pattern baju yg sama sbb baju yg dijual bukannya stok kedai tapi kebanyakkan baju baru yg reject kilang. Saya pernah insaf sekejap tapi sbb xtahan tgk baju branded baby boy yg kalau dibeli butik berkali ganda mahalnya.. aii terbeli juga.


Tapi bila time memakai saya pastikan ciri-ciri kekembaran itu masih ada. Kalau pakai baju belang dua mesti berbaju belang, kalau pakai long sleeve dua2 kenalah long sleeve.. biarpun hakikatnya tak sama kaler, brand & patern. Tupun aii masih ditegur. Adoila..


Saya terpikir juga.. salah ke saya belikan si kembar baju yg berlainan. Esok2 bila si kembar dah besar mereka pasti ada citarasa masing-masing. Mesti ada kegemaran masing-masing. Pilihan mereka mesti berbeza. Dan esok bila mereka dah muda teruna mereka pasti ada pilihan hati masing-masing. Kalau sama je semua benda tak ke haru kalau mereka dok berebut nak kawin dengan orang yang sama.. kwang kwang kwang.. aii berhujah ni kononnya nak merelevankan perbuatan shopping bundle tu.