Jul 26, 2011

Apa yang penting!! kerjasama..







Saya perhatikan skil terbaru si kembar sekarang adalah berebut barang yang sama. Tapi skil merebut barang mereka masih lagi mengikut kadar piawan yang dibenarkan. Setakat hari ini masih belum nampak aksi tahap gigit-mengigit, cakar-mencakar atau yang sewaktu dengannya. Walaupun sudah ada adegan panjat-memanjat untuk mendapatkan benda yang dihajati, si kembar masih mampu bertolak-ansur sesama sendiri. Jika salah seorang berjaya mendapatkan barang tersebut maka takdela yang sorang lagi nak melalak tak ingat. Paling tidak pun salah sorang akan datang dekat mama dengan muka frust. Kalau saya tak berada berhampiran tempat kejadian terpaksa la si kembar yang kalah memujuk hati sendiri dengan mengambil benda lain..



Harapan mama agar perangai bertolak-ansur adik-abang ni akan berterusan selamanya.


Berkongsi susah-senang.. lagikan dalam perut sudah berkonsi segalanya.


Saling bantu-membantu dan sayang-menyayangi.

Apa yang penting!! kerjasama..