Jul 27, 2011

Operate Lagi...

Kita layan dulu gambar siaran astro kat kaki En asben.. Banyak x antenanya? hihi.. Waktu eksiden ni 1st time tgk asben mengeluh sakit & menitiskan air mata. Selama kenal, tak penah tengok ayah sedih, marah atau sakit.. Dia kan Mr. Kool.. selamber & sembrono je.. bak kata kawan-kawannya - "urat series dah putus".





Siaran ulangan.. Bulan 5 tahun lepas En asben telah terlibat dalam eksiden moto-kereta hingga patah kaki kiri. Nasib baikla asben kerja gomen so gaji masih berjalan seperti biasa walaupun dah mc lebih kurang 1 tahun 2 bulan.
Spnjg setahun lebih ni dah 3 kali asben kena operate.

Kali pertama: Waktu mula-mula eksiden, nak pasang piring astro kat kaki..

Kali ke 2: Waktu nak pasang besi dalam kaki. Selepas 9 bulan eksiden. Atas alasan tulang kaki tak tumbuh2. Sebelum operate kat kaki kena operate dulu kat perut amik air tulang sumsum sebagai gam untuk lekatkan besi ke tulang. 2 kali sakit tu. Saya terpikir juga kenapala doktar tak pasang siap-siap besi tu waktu mula-mula eksiden dulu. Takle 2-3 kali keje camni.. takkan la nak expect tulang orang 30an mudah tumbuh mcm budak 3tahun..

Kali ke 3: Tiba-tiba pulak lepas sebulan kena operate kaki, apendiks En asben tetiba pecah pulak. Entah masa bila ada apendiks tau2 je dah pecah. Emm operate lagi. Kali ni kat perut plak.. 15 cm lebih kurang.. straight je..abih pusat2 asben di belahnya, tak amik corner skit pun..

Kali ke 4: Dijangka asben akan kena operate lagi bulan Sept nanti, atas alasan hospital tutttttt telah tersalah pasang besi di kaki. Besi tersebut telah dipasang dengan longgar dan herot. Boleh pulak ter.. ter.. cmtu plak. Jika khabar angin tersebut betul, harus tiba saatnya untuk kami memasang loyer. Macam main masak2 pulak doktor2 sekarang ni kan, belah2 ayam..

Jul 26, 2011

Apa yang penting!! kerjasama..







Saya perhatikan skil terbaru si kembar sekarang adalah berebut barang yang sama. Tapi skil merebut barang mereka masih lagi mengikut kadar piawan yang dibenarkan. Setakat hari ini masih belum nampak aksi tahap gigit-mengigit, cakar-mencakar atau yang sewaktu dengannya. Walaupun sudah ada adegan panjat-memanjat untuk mendapatkan benda yang dihajati, si kembar masih mampu bertolak-ansur sesama sendiri. Jika salah seorang berjaya mendapatkan barang tersebut maka takdela yang sorang lagi nak melalak tak ingat. Paling tidak pun salah sorang akan datang dekat mama dengan muka frust. Kalau saya tak berada berhampiran tempat kejadian terpaksa la si kembar yang kalah memujuk hati sendiri dengan mengambil benda lain..



Harapan mama agar perangai bertolak-ansur adik-abang ni akan berterusan selamanya.


Berkongsi susah-senang.. lagikan dalam perut sudah berkonsi segalanya.


Saling bantu-membantu dan sayang-menyayangi.

Apa yang penting!! kerjasama..

Jul 23, 2011

Berdosakah mama?








Sudah beberapa kali saya kena tegur dengan ipar-duai kerana bagi si kembar pakai baju yang tak sama. Pada kebanyakkan org, kembar mestila pakai baju sama.. kalau tak ilangla identiti kekembaran itu. Kata my sil: "kalau tak sama nanti si kembar sorang lagi kecik hati, baju dia tak cantik". Memang kalau membeli baju untuk si kembar perkara pertama yg saya pastikan, baju yg dibeli mestila sama pattern & design.. kalau tak jumpa yang sama tapi kaler lain boleh ok juga.


Tapi sejak saya dapat hobi baru shopping new bundle kat online, saya selalu terbeli baju yg berlainan untuk si kembar. Yalah mana nak cari pattern baju yg sama sbb baju yg dijual bukannya stok kedai tapi kebanyakkan baju baru yg reject kilang. Saya pernah insaf sekejap tapi sbb xtahan tgk baju branded baby boy yg kalau dibeli butik berkali ganda mahalnya.. aii terbeli juga.


Tapi bila time memakai saya pastikan ciri-ciri kekembaran itu masih ada. Kalau pakai baju belang dua mesti berbaju belang, kalau pakai long sleeve dua2 kenalah long sleeve.. biarpun hakikatnya tak sama kaler, brand & patern. Tupun aii masih ditegur. Adoila..


Saya terpikir juga.. salah ke saya belikan si kembar baju yg berlainan. Esok2 bila si kembar dah besar mereka pasti ada citarasa masing-masing. Mesti ada kegemaran masing-masing. Pilihan mereka mesti berbeza. Dan esok bila mereka dah muda teruna mereka pasti ada pilihan hati masing-masing. Kalau sama je semua benda tak ke haru kalau mereka dok berebut nak kawin dengan orang yang sama.. kwang kwang kwang.. aii berhujah ni kononnya nak merelevankan perbuatan shopping bundle tu.

Jul 15, 2011

Anda Mau Rockkkkk!!!

Bulan 5 tahun 2010, En. suami telah terlibat dalam eksiden moto-kereta. Kaki kiri asben patah 2. Dan kini walau sudah setahun berlalu asben masih berjalan menggunakan tongkat. Semalam saya telah meminjam tongkat milik kenalan di tempat kerja. Kawan saya dulu terlibat dalam eksiden dgn forklift sampai patah tulang punggung tapi sekarang dia dah boleh berjalan. Kata En asben tongkatnya yg skrg tak canggih. Alah tongkat yg tompang kat ketiak tu. Tongkat kawan saya lagi ok. Konon2nya stylo abisla kalau dia berjalan gunakan tongkat tu. Laki aii kan selalu bajet dia hensem.

Ni la rupa tongkat tu.. stylo ke? Saya tgk macam tongkat orang tua2 je..





Balik je kakak Kiki Mus dari nurserry, macam-macam di tanyanya.


Lama dia dok belek tongkat baru asben tu. Finally.. tau apa yg dia buat dengan tongkat tu.. emm.. layan je lah..






Yang ini baru stylo... Anda mau rockkkkk!!!

My Nommots

 Nommots 1


Kakak nommots, Anis Mashitah binti Lokman. DOB 24 Oktober 2008 @ 2thn 8bln. Sekutu totok ayah. Sweet & peramah tapi cengeng. Kalau tak kena sikit mulalah nak melalak (menurun sapa ntah perangai tu..). Sangat obses dengan dengan Mickey Mouse (dibaca: Kiki Mus) & Dora (dibaca: Doda). Pantang nampak buku, baju, beg, selipar, syampu & etc yang ada menatang alah Kiki Mus & Doda semuanya nak di suruh beli. Kalaulah mama & ayah kerja chop duit boleh mama angkut semua sayang oii..

 Nommots 2

Abang Muhammad Musa Wafi bin Lokman. DOB 2 Disember 2010 @ 7 1/2 bln. Hensem & Peramah. Big bro yang sangat cool. Independent & pandai mengorat. Dari jauh lagi dah meleret senyumnya. Jangan besar esok sebuk dok mengorat anak dara orang dah le..

 Nommots 3

Adik Muhammad Isa Wajdi bin Lokman. DOB 2 Disember @ 7 1/2 buln. Sweet tapi manja. Sesuai dengan title adik bongsu (buat masa sekaranglah.. tahun depan belum tentu hehe..) Tak boleh nampak muka mama asyik nak berkepit je.. tapi dek sebab adik sangat pandai mengorat mama.. okla dik mama ok je..

Kakak, abang & adik tiada galang gantinya. Ibarat nyawa dalam badan. Berdegup sentiasa..