Disebabkan kakak nommot dah bersekolah (sekolah tadika je pon).. pergaulannya dgn kawan-kawan lebih terbuka luas.. tambahan pula anak saya yg sulung ni mmg jenis over peramah.. maka ramailah kawan2 di sekolahnya.. smlm semasa menghantarnya ke sekolah kami terserempak dgn geng van sekolah yg baru sampai.. satu van menjerit memanggil nama Anis.. sampai kakak drebar van sekolah pn dah tersengih2 menegur "Popularnya Anis".. hahaha.. Mamanya pula yg naik segan.. anak dara saya selamba je.. senyum sambil melambai2kan tgn gaya selebriti hihihi.. Sempat lg cakap bye kat Cik Ros drebar van sekolah tu..
Peramahnya kakak Anis ni sampai 1 tahap semua org ditegurnya.. Setiap hari sepanjang perjalanan pergi-pulang dari nuseri-umah.. sapa2 je yg dia jumpa dia akan tegur.. bukan sesiapa je.. semua benda.. umah cantik, umah xcantik, pokok, meow (kucen), burung, dog and etc etc.. sekarang saya tgk adik-adiknya juga dh terjangkit mengikut perangai kecohnya..
Saya xdela nak heran sgt dengan perangai over peramah kakak nommot ni.. sbbnya acuannya dah ada depan mata.. ayahnya pun kat mana2 pun camtu juge.. bak kata semua org: "laki den lempar dalam laut pun leh idup".. abis nak buek camno.. terima yo lah..
Pengalaman saya dengan anak over peramah ni ada baik dan buruknya.. Baiknya: dia mudah menyesuaikan diri.. mudah berkawan.. sangat independant.. Contohnya: Anis mula dihantar ke sekolah seawal umurnya 3 tahun.. tp kerana nuseri dan tadika sedikit jauh saya terpaksa menggunakan perkhidmatan van untuk membawa dia pulang ke nuseri setiap tghari (pagi saya hantar).. Sejak hari pertama lagi saya xperlu pantau keadaan Anis sewaktu menaiki van.. dia sgt mesra alam.. dia xmenangis malah sangat excited.. xtakut lansung walaupun kali pertama menaiki van dan hari tu juga hari pertama dia bersekolah..
Tapi keburukkannya dia terlebih berani.. lansung tak takut org.. bahaya bg budak sekecil dia.. padanya semua org boleh dibuat kawan.. tidak pandai menyimpan prasangka.. xde org jahat dalam dunia ni.. penah 1 hari lepas balik sekolah dia ke kedai seorg diri.. (bibik terlambat jemput dia turun dari van).. berderau darah saya bila dapat tau.. sbb kedai agak jauh dr umah.. mcm2 boleh terjadi.. dan dia xde duit pun sbnrnya.. bila ditegur secara baik.. boleh pula dia menjawab.. "Anis jalan tepi2 je mama.. kereta xde.. xde org jahatla ma.. kat celah bangunan pun xde.. Anis dah tgk.. xnmpak pun.. acik kedai tu baiklah ma.. dia bagi gula2 free kt Anis".. Adeh anak bertuah ni..
Ni lah anak daranya.. posing dengan berus gigi kemain lagi.. tp giginya rongak juga.. mana x asyik gula2 je..
No comments:
Post a Comment